WELCOME TO AMYLELA BLOGSPOT... DON'T FORGET TO BOOKMARK THIS WEBLOG...

Friday, July 6, 2007

HATI-HATI BELI SAUCE PREGGO

Salam kawan-kawan
Selamat pagi semua.

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya punmasakkanlah.Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulanpula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala adamushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA.Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mualmacam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenyamengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nakdiet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali sayabuang.Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.

Saya kira sauce tomato manalah ada taruh dagingbabi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nakdapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 haridoa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perutyang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual.Tobat nak masak spegetti lagi. -petikan dari forwarded email-

No comments: